Lencana Sekolah


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No. 1 terdiri daripada empat komponen, iaitu bendera Malaysia, bendera Sarawak, logo sekolah dan moto sekolah.

Lencana sekolah terdiri daripada sebuah buku dan obor yang melambangkan ilmu dan tradisi.  Seperti yang dapat dilihat, pada logo sekolah, latar belakang buku yang berwarna merah melambangkan kegigihan pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan.  Latar belakang obor yang berwarna kuning, melambangkan keinginan dan kejayaan dalam meneruskan tradisi kecermelagan dari akademik serta kokurikulum. manakala obor pada latar kuning melambangkan minat dan kejayaan kita untuk meneruskan kecemerlangan yang terdapat dalam bidang kokurikulum dan dalam bidang kokurikulum.

Bendera tanah air kita, Malaysia dan negeri, Sarawak menunjukkan kepatuhan dan khidmat pelajar terhadap negara dan negeri.  Moto sekolah yang berbunyi "Berusaha untuk Negara Kita" berfungsi untuk mengingatkan pelajhar supaya sentiasa berbakti kepada negara dengan kasih dan dedikasi.